fbpx
AUBAMEYANG meledak dua gol untuk membantu Arsenal menjulang kejuaraan Piala FA. - AFP

Aubameyang belum tentu kekal

  • Oleh KOSMO!
  • 2 Ogos 2020, 8:59 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Kapten pasukan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang belum membuat keputusan mengenai masa depannya selepas berjaya membantu The Gunners menjulang trofi Piala FA dengan menewaskan Chelsea 2-1 di peringkat akhir awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, penyerang antarabangsa Gabon itu meledak dua gol untuk memastikan Arsenal bangkit daripada ketinggalan sekali gus meraih trofi Piala FA buat kali ke-14.

Sebagai rekod, kontrak Aubameyang bersama Arsenal hanya berbaki setahun dan pengurus pasukan, Mikel Arteta sememangnya terdesak untuk mengekalkan khidmatnya di Stadium Emirates untuk jangka panjang.

“Saya masih belum memikirkan mengenai masa depan di Arsenal. Buat masa ini, saya mahu fokus meraikan kejayaan kami menjuarai Piala FA selepas mengharungi musim yang panjang,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

Difahamkan, sekiranya tidak bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan oleh Arsenal, Aubameyang kemungkinan akan dijual dengan harga ‘runtuh’ sebanyak £30 juta (RM166.4 juta) pada jendela perpindahan musim ini.

Antara pasukan yang dilaporkan berminat untuk menandatangani khidmat bekas penyerang Borussia Dortmund itu adalah Chelsea dan Barcelona. – AGENSI