fbpx

MFL pantau situasi semasa Kuching FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. Ghani menjelaskan format promosi dan relegasi tetap dilaksanakan pada saingan Liga M musim ini.

KETUA Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan menegaskan, jadual perlawanan untuk Liga Premier musim ini tidak terjejas selepas isu penularan wabak Covid-19 ke atas pasukan Kuching FA.

Menurutnya, MFL akan terus memantau situasi semasa pasukan dari Borneo itu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai jadual perlawanan Liga Malaysia (Liga M) yang akan kembali bersambung 26 Ogos ini.

“Kita memantau keadaan Covid-19 dan sekarang kita tunggu dahulu ujian (calitan) kedua Kuching FA. Buat masa ini tiada perubahan, Kuching FA masih kekal dalam jadual liga.

“Mereka sudah mula berlatih tetapi perlu berehat dua minggu kerana kuarantin. Masa panjang lagi sebab mereka ada ada dua minggu lagi (sebelum liga bermula),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kuching FA sebelum ini pernah meluahkan hasrat bahawa mereka bersedia untuk menarik diri daripada saingan Liga Premier jika situasi Covid-19 dalam kem pasukan itu bertambah buruk.

Malang menimpa skuad naib juara Liga M3 tahun lalu itu apabila lima pemainnya dilaporkan positif Covid-19 sebelum keputusan ujian darah mendapati kelima-lima mereka disahkan negatif wabak tersebut.

Bagaimanapun, timbul kebimbangan sama ada para pemain Kuching FA mampu mencapai tahap kecergasan maksimum dan bersedia sepenuhnya memulakan semula saingan Liga Premier ke­rana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI