fbpx

Malaysia lebih penting berbanding Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Yazid (kiri) dan Ahmad Muazz akan beraksi pada Peringkat Akhir Kejohanan Dunia eFootball Pro Evolution Soccer (PES) 2020 tengah malam ini.

KUALA LUMPUR – Wakil negara ke Peringkat Akhir Kejohanan Dunia eFootball Pro Evolution Soccer (PES) 2020, Ahmad Yazid Abdul Rahman terpaksa melupakan aksi final Piala FA antara Chelsea dan Arsenal tengah malam ini.

Dia yang merupakan penyokong tegar The Gunners mengakui perlu berkorban memandangkan kejohanan dunia PES itu berlangsung serentak dengan final Piala FA.

Meskipun pertemuan dua kelab London itu dikatakan penting bagi menentukan nasib Arsenal ke kancah bola sepak Eropah musim depan, namun Yazid menegaskan nama negara lebih penting malam ini.

“Saya akan melupakan Arsenal buat seketika malam ini memandangkan final Piala FA dan kejohanan dunia berlangsung serentak, jadi sudah tentu misi membawa nama negara lebih penting.

“Harapan saya malam ini sudah tentu untuk menjadi juara dunia selain mengharapkan Arsenal turut menewaskan Chelsea bagi menjulang trofi Piala FA,” katanya kepada Kosmo!.

Dalam pada itu, dia yang beraksi dalam kategori konsol Xbox One turut mengharapkan seorang lagi wakil negara, Ahmad Muazz Amir Rosaedi menjuarai kategori PC (Steam).

“Saya ke kejohanan dunia bukan berseorangan tetapi ditemani Muazz. Justeru, saya juga mendoakan agar dia tenang menggalas misi malam ini seterusnya muncul juara dunia,” ujarnya lagi.

Yazid yang terkenal dengan jolokan Dragon diundi dalam Kumpulan C bersama juara dari Brazil, ThePhenom3392 serta juara Sepanyol, JoanStrife89. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI