fbpx

UMNO pilih perkasa Muafakat Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata parti itu membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan Pas dan komponen Barisan Nasional (BN).

UMNO memilih untuk memperkasakan gagasan Muafakat Nasional bersama dengan Pas dan kepimpinan dalam komponen BN’

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

“Hasrat Bersatu ini akan diperbincangkan dengan pihak Pas untuk diperhalusi,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau menambah, sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI