fbpx
Abdul Razak (kanan) bersama pelanggan yang membeli hasil tani di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Jalan Waja, Kuala Langat

PPK Kuala Langat bantu ringankan beban pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat menyediakan belian terus dari ladang dalam membantu meringankan beban warga setempat mendapatkan barangan sepanjang Perintah Pergerakan Kawalan (PKP).

Menurut Pengerusi PPK Kuala Langat, Dr.Abdul Razak Khasbullah, program bermula April hingga 31 Ogos depan itu juga dapat membantu para petani memasarkan hasil ladang mereka seterusnya mengurangkan kerugian sepanjang tempoh PKP sebelum ini.

“Lebih 40 jenis hasil tani termasuk sayur-sayuran seperti cili merah, cendawan, kobis, kangkung, labu dipasarkan di program tersebut.

“Sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat juga memberansangkan dengan harga ditawarkan berpatutan,” katanya kepada pemberita di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Jalan Waja di Teluk Panglima Garang di sini.

Beliau menambah, program yang berocrak kongsi rezeki itu dilaksanakan empat kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu.

Ujar Abdul Razak, hasil jualan sehari mampu mencecah sehingga RM3,500 hingga RM5,000.

“Selain jualan sayur-sayuran kita turut memasarkan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) seperti ikan pekasam, kerepek pisang dan sebagainya.

“Di samping itu, kawalan pelanggan juga dijalankan mengikut prosedur standard operasi (SOP) dalam mengekang penularan pandemik Covid-19,” jelasnya. – K! ONLINE

POPULAR