fbpx

Polis buru lelaki larikan sebentuk cincin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan lelaki yang disyaki melarikan sebentuk cincin di sebuah kedai emas di Jalan Niaga 3, Kota Tinggi hari ini. Foto IHSAN POLIS

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Polis sedang giat mengesan seorang suspek lelaki yang melarikan diri bersama sebentuk cincin di sebuah kedai emas di Jalan Niaga 3, Kota Tinggi, tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengahari, semasa jurujual kedai telah didatangi seorang lelaki untuk melihat sebentuk cincin emas 916.

“Hasil siasatan mendapati pengadu telah memberikan sebentuk cincin bercorak sempoa berharga kira-kira RM1,600 kepada suspek. Kemudian, suspek telah mencuba pada jarinya dan suspek terus melarikan diri bersama cincin tersebut.

“Salah seorang daripada pekerja kedai emas telah cuba untuk mengejar suspek, namun gagal kerana suspek telah melarikan diri ke arah bangunan lain.

“Saksi menyatakan telah nampak suspek melarikan diri dan kemudian hilang dari pandangan,”katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelasnya, jurujual berusia 37 tahun itu bagaimanapun dapat mengecam muka suspek.

Hussin berkata, bentuk fizikal suspek adalah tinggi, berkulit gelap, bermisai, rambut petak dan suspek memakai baju kemeja warna biru serta berseluar jeans warna biru gelap.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI