fbpx

Pengambilan pekerja asing masih dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Dasar kerajaan berhubung pembekuan pengambilan pekerja asing hingga akhir tahun ini masih kekal selepas mengambil kira penularan wabak pandemik Covid-19 serta impaknya terhadap pasaran pekerjaan membabitkan tenaga kerja tempatan.

Kementerian Sumber Manusia berkata, permohonan untuk membenarkan majikan terutama daripada sektor yang berkeperluan tinggi terhadap pekerja asing seperti pembinaan, perladangan dan pertanian, akan dipertimbangkan apabila tempoh pembekuan itu berakhir.

“Pertimbangan ini akan turut mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan berhubung status pandemik Covid-19 dan pasaran pekerjaan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Siaran akhbar itu dikeluarkan bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim pada sesi soal jawab di Parlimen semalam, bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada majikan untuk menggajikan pekerja asing dalam sektor pembinaan, perladangan dan pertanian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI