fbpx

200 kg daging habis dalam dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nordin mengemas gerainya selepas 200 kg daging lembu jualan habis dijual dalam tempoh kurang dua jam di Pasar Besar Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Ketibaan Hari Raya Aidiladha tahun ini memberikan pengalaman berbeza bagi seorang penjual daging dekat sini apabila 200 kilogram (kg) jualannya habis terjual dalam tempoh kurang dua jam.

Nordin Mat Zin, 42, berkata, senario itu kali pertama dilaluinya sepanjang 15 tahun berniaga kerana kebiasaannya suasana demikian berlaku menjelang sambutan persiapan Hari Raya Aidilfitri sahaja.

“Ramai pelanggan yang sudah beratur menunggu giliran membeli daging lembu yang berharga RM30 sekilogram sewaktu saya sampai ke gerai untuk memulakan operasi pada pukul 7.30 pagi.

“Semua jualan saya termasuk 200 kg daging lembu tempatan dan tulang habis dijual pada pukul 9 pagi. Selalunya hanya 100 kg terjual pada tahun-tahun sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Kuala Berang di sini hari ini.

Nordin berkata, peningkatan jualan sekali ganda itu mungkin disebabkan ramai perantau mengambil peluang pulang ke kampung halaman setelah tidak dibenar untuk melakukannya pada Hari Raya Aidilfitri ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, beliau menjelaskan sebahagian pelanggannya juga telah membuat tempahan awal untuk membeli daging bagi mengurangkan kesesakan di gerainya.

“Berniaga daging lembu pada tahun ini memberi pengalaman berbeza kepada saya hingga tidak menang tangan. Syukur kepada rezeki Allah kurniakan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI