fbpx

Polis rampas 200,000 pil kuda bernilai RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZARUDIN (tengah) menunjukkan sebahagian 200,000 biji pil kuda bernilai RM2 juta yang dirampas polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Satu sindiket dadah jenis pil kuda antarabangsa tumpas selepas polis menahan 10 individu termasuk sepasang suami isteri dan dua kanak-kanak dalam dua serbuan berasingan di Ipoh dan Kampar Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, sindiket tersebut menggunakan kanak-kanak sebagai modus operandi untuk mengaburi mata pihak berkuasa bagi melepaskan diri daripada pemeriksaan sekatan jalan raya yang dilakukan polis.

“Kejayaan menumpaskan sindiket yang aktif sejak dua bulan lalu itu bermula dengan tangkapan tujuh individu merangkumi tiga lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak di parkir sebuah hotel di Ipoh pada pukul 11.45 pagi.

“Dalam serbuan yang diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak itu, pemeriksaan menemui satu guni mengandungi 33 bungkusan kertas yang terkandung 200,000 biji pil kuda bernilai RM2 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak sini hari ini.

Turut hadir Ketua JSJN Perak, Asisten Komisioner Lee King Chuan.

Tambah Razarudin, hasil soal siasat daripada tangkapan pertama, polis melakukan serbuan kedua dan berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita di sebuah hotel di Kampar pada pukul 1 tengah hari hari sama.

“Kita percaya mereka menggunakan kanak-kanak sebagai modus operandi untuk mengaburi mata polis dalam sekatan jalan raya yang diadakan di sempadan negeri.

“Bekalan pil kuda berkenaan dipercayai diambil dari negara jiran dan kita percaya ia untuk pasaran luar negara,” katanya.

Katanya, semua suspek berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun itu kini direman antara tujuh dan lima hari manakala dua kanak-kanak tersebut telah dibebaskan dan diserahkan kepada penjaga sah mereka.

“Polis turut merampas empat buah kereta yang digunakan suspek bernilai RM155,000 dan jumlah keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM2.15 juta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI