fbpx

Program Subsidi Petrol kerajaan PH dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Kerajaan bersetuju untuk tidak melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) kepada rakyat selepas pelaksanaannya ditangguhkan oleh Kabinet sebelum ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan pada 9 Julai lalu.

“Dalam mesyuarat berkaitan hala tuju PSP itu, KPDNHEP dan Kementerian Kewangan memutuskan untuk tidak melaksanakan program berkenaan.

“Kementerian Kewangan juga akan menyediakan satu Memorandum Jemaah Menteri (MJM) untuk memuktamadkan pendirian kerajaan berkenaan PSP,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Shaharizukirnain Abd. Kadir (Pas-Setiu) yang mahu mengetahui tarikh baharu pelaksanaan PSP selepas ia ditangguhkan oleh Kabinet.

Menerusi PSP, individu terpilih akan menerima bantuan tunai yang akan disalurkan terus ke akaun mereka setiap empat bulan sekali.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berccadang melaksanakan  PSP sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi pengguna motosikal yang dikira secara bulanan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI