fbpx

Patuhi SOP semasa berurusan di kaunter JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai yang berurusan di semua kuanternya supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

JPJ dalam satu kenyataan berkata, orang ramai dijangka akan mengunjungi pejabat JPJ dengan jumlah yang ramai dalam satu masa bagi mendapatkan diskaun pengurangan saman 70 peratus seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, semalam.

Justeru katanya, semua pelanggan dikehendaki mengamalkan kebiasaan baharu semasa berurusan seperti mematuhi jarak sosial selamat sekurang-kurangnya satu meter dan diwajibkan memakai pelitup muka.

“Selain itu, orang ramai juga perlu kebersihan optimum seperti mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Pengangkutan menawarkan diskaun 70 peratus bagi saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tawaran yang bermula dari 1 sehingga 31 Ogos itu diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Pengurangan saman itu dilaksanakan di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar atau UTC serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI