fbpx

[VIDEO] Najib selesai bayar ikat jamin RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi membayar jumlah ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Beliau yang memakai baju berwarna biru tiba di mahkamah kira-kira pukul 1 petang bersama anaknya Norashman yang difahamkan merupakan penjamin.

Selain Norashman terdapat seorang lagi penjamin yang hadir namun setakat ini belum dapat dipastikan individu tersebut.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudian keluar dari kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pukul 1.30 petang selepas selesai membayar ikat jamin tersebut.

Semasa fotonya dirakam, Najib sempat berseloroh dengan berkata ‘semalam dah banyak gambar dah’ yang kemudian beredar dari pekarangan mahkamah dengan menaiki kereta Proton Perdana.

Najib,67, membayar ikat jamin RM1 juta itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Selain itu, Najib juga perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan iaitu pada 1 dan 15 Ogos ini.

Semalam Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah  tujuh pertuduhan salah guna, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN