fbpx

Baru hendak mula operasi, terbakar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menjalankan operasi memadam api di sebuah premis mengecat kenderaan di Lintang Sungai Pinang, George Town di sini petang tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Sebuah premis mengecat kenderaan di Lintang Sungai Pinang di sini terbakar lagi petang tadi selepas musnah dijilat api bulan lalu.

Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.07 petang tadi dan tiba di lokasi kurang dua minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati telah berlaku kebakaran kecil melibatkan hanya 10 peratus kemusnahan di lokasi sama.

“Bulan lalu, premis terbabit musnah terbakar hampir 80 peratus keseluruhannya dan hari ini, berlaku lagi kebakaran dipercayai akibat kesan tumpahan minyak tinner dan percikkan api daripada mesin kimpalan.

“Premis terbabit dikatakan dalam proses membuka semula operasi selepas menerima laporan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelasnya, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa dan operasi pemadaman api tamat sepenuhnya pada pukul 4.06 petang tadi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI