fbpx

Tanpa bakat, Bollywood akan buang anda – Priyanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Priyanka Chopra

Isu kematian mengejut Sushant Singh Rajput masih belum reda walaupun sudah hampir sebulan mendiang meninggal dunia.

Terbaharu, aktres terkenal Priyanka Chopra turut berkongsi pengalaman berdepan situasi yang berkaitan nepotisme di awal kerjayanya.

“Saya pernah disingkirkan daripada filem kerana ada pelakon lain dengan latar belakang keluarga ternama dicadangkan kepada penerbit.

“Saya kecewa dan menangis kemudian saya teruskan kehidupan. Percayalah, jika kita ditakdirkan berjaya, ratusan produk nepotisme pun tidak akan mampu menghalang,” ceritanya lagi.

Biarpun mengalami insiden pahit berkenaan amalan nepotisme, isteri kepada Nick Jonas itu berkata, tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang itu dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai legasi besar.

“Setiap bintang mempunyai jalan cerita tersendiri. Anda mungkin mendapat akses mudah ke dalam Bollywood. Namun jika tidak berbakat, Bollywood sendiri akan membuang anda,” tegasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI