fbpx
PARA pemain Liverpool meraikan kejayaan menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dinanti-nantikan selama 30 tahun di Stadium Anfield, England pada awal Khamis lalu.

Klopp tamatkan badi 30 tahun Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA 1 Mei 1990, jalan-jalan utama serta setiap pelosok bangunan di sekitar bandar Liverpool berubah kemerahan sambil kedengaran lagu You’ll Never Walk Alone berkumandang di seluruh bandar maritim England tersebut.

Bukan sesuatu yang pelik tetapi begitulah lazimnya warga bandar tersebut apabila meraikan kejayaan pasukan bergelar The Reds setiap kali menjulang trofi kejuaraan liga.

Ketika itu, Liverpool dinobatkan sebagai juara liga buat kali ke-18, namun langit tidak sentiasanya cerah apabila sejak saat itu, kelab dari Merseyside itu berdepan kemarau kejuaraan sehingga berlarutan 30 tahun lamanya.

Bagaimanapun, penantian itu akhirnya terlerai apabila Liverpool dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini, malangnya tiada keraian berlaku susulan satu dunia dilanda pandemik Covid-19.

Sesungguhnya, besar sekali cabaran serta halangan Liverpool untuk menjulang kejuaraan liga, ditambah lagi dengan pandemik Covid-19 yang seolah-olah tidak membenarkan kejayaan itu diraikan seperti lazimnya.

Sebenarnya, Liverpool hampir menamatkan kemarau kejuaraan musim lalu apabila bersaing sengit dengan Manchester City sehingga ke perlawanan akhir liga, namun The Citizens bernasib baik selepas meraih 98 mata berbanding The Reds (97 mata).

Bagaikan tidak kenal erti mengalah, pemain-pemain Liverpool kekal positif mengharungi perjalanan liga musim ini dengan lebih matang sehingga mampu menjarakkan diri 25 mata di persada liga berbanding City di tempat kedua.

Sudah pastinya kejayaan Liverpool pada hari ini bukannya datang bergolek atau melayang-layang, sebaliknya ia hadir hasil kerja keras para pemain, jurulatih, pegawai dan kakitangan belakang tabir selain sokongan penyokong The Reds dari seluruh dunia.

Tidak keterlaluan untuk menggambarkan kejayaan Liverpool sejak lima tahun kebelakangan ini disebabkan oleh karisma serta aura pengurus dari Jerman, Jurgen Klopp.

 

AURA yang ada pada Klopp membantu kejayaan Liverpool untuk bergelar juara.

 

Karisma Klopp

Mengimbas kembali ketika Klopp melangkah kaki ke Anfield pada hari pertama sebagai pengurus Liverpool iaitu 8 Oktober 2015, salah satu mesej utama dilontarkannya pada sidang akhbar itu cukup memberi makna besar.

“Kita harus mengubah keraguan kepada kepercayaan,” kata Klopp yang duduk berdepan dengan ratusan kerlipan cahaya kamera wartawan dari serata dunia.

Percaya atau tidak, kurang daripada lima tahun, tiada siapa yang meragui kemampuan Klopp dan para pemainnya.

Apa tidaknya, selepas bergelut di kedudukan ke-10 pada musim pertama, Klopp berjaya mengemudi The Reds menjadi raja di Eropah dengan memenangi Liga Juara-Juara 2019 dan Piala Super UEFA 2019.

 

KLOPP bercakap pada sidang akhbar buat kali pertama sebagai pengurus Liverpool
di Anfield pada 8 Oktober 2015.

 

Bukan itu sahaja, The Reds semakin ghairah meraih kejayaan apabila menakluk dunia sebagai juara Piala Kelab Dunia FIFA di Qatar pada 2019.

Musim ini pula, Klopp berjaya mengembalikan status kejuaraan Liga Perdana Inggeris seperti yang pernah dikecapi Liverpool pada era kegemilangan kelab itu pada tahun 1980-an.

Mengenali siapa Klopp, beliau seorang jurulatih yang mempunyai pesona dengan gelak tawa besar selain aksi-aksi berlebihan apabila meraikan gol bersama pemain dan peminat di kawasan taktikal stadium.

Namun, di sebalik tabir, jauh dari pandangan masyarakat, pendekatan Klopp sangat teliti, malah pengetahuannya terhadap kaedah moden bola sepak menjadikannya individu penting dalam kebangkitan luar biasa Liverpool.

Apa yang dilakukan Klopp adalah membina pasukan berdasarkan falsafah bola sepaknya, bukan fokus kepada pemain semata-mata.

 

KLOPP (tengah) memberi taklimat kepada para pemain ketika aksi menentang Chelsea
di Anfield pada awal pagi Khamis lalu.

 

Tidak dinafikan, ada beberapa pemain dilihat sememangnya penting berbanding pasukan dan taktikal Klopp, namun Liverpool masih mampu memperoleh keputusan positif meskipun ketiadaan pemain utama.

Jika diperhatikan, jurulatih Jerman ini sinonim dengan permainan yang berintensiti tinggi dan pantas sama seperti ketika beliau meraikan jaringan gol secara berlebihan. Namun, apa ada di sebalik taktiknya?

Klopp sememangnya terkenal dengan falsafah bola sepak heavy metal tetapi tidak bermaksud jurulatih Liverpool itu menjalani sesi latihan dengan mendengar lagu-lagu Metallica mahupun Megadeth.

Istilah itu diciptanya sendiri bagi menggambarkan gaya bola sepak berintensiti tinggi, serangan balas, tekanan, penguasaan penuh bola dan tiada masa untuk lawan mengerlipkan mata ketika menjaringkan gol.

Itu salah satu elemen dogma taktikal Klopp, namun falsafah tersebut memerlukan tumpuan, organisasi, kepantasan, bakat dan usaha seluruh pasukan.

Tetapi apa sebenarnya falsafah heavy metal dan bagaimana diimplementasi di Anfield?

“Beliau (Arsene Wenger) gemar mengawal permainan bola dan hantaran, seolah-olah orkestra. Itu sebuah lagu senyap. Namun, saya pula lebih suka heavy metal. Saya selalu mahukannya berbunyi kuat,” kata Klopp membandingkan taktiknya dengan bekas pengurus Arsenal itu.

Menggunakan metafora muzik bagi menggambarkan pendekatan taktikal pilihannya berbanding Wenger, Klopp menegaskan, beliau lebih menikmati gaya bola sepak heavy metal yang berintensiti tinggi, pantas dan bertenaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN