fbpx

[VIDEO] Penyokong Najib tidak patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Najib dilihat bersesak di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekali gus gagal patuh SOP ditetapkan. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR- Tindakan kira-kira 2,000 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersesak di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini dibimbangi mencetuskan ‘kluster mahkamah’.

Ini berikutan tiada penjarakan sosial diamalkan kumpulan berkenaan ketika datang memberi sokongan perbicaraan bekas Perdana Menteri sekali gus dilihat melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Rata-rata daripada mereka turut dilihat berkumpul secara rapat malah ada yang tidak mengenakan pelitup muka meskipun berada di kawasan tumpuan ramai.

Mereka yang berpakaian serba biru dan merah itu turut menyanyikan lagu Allah Selamatkan Datuk Najib secara berhimpit meskipun Malaysia masih lagi di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Najib kini sedang menantikan keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebanyak RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI