fbpx

Diskaun 70 peratus pembayaran saman JPJ, SPAD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Diskaun 70 peratus ditawarkan terhadap semua saman boleh kompaun dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bermula 1 hingga 31 Ogos ini sempena bulan kemerdekaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, diskaun itu untuk semua saman dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta kaedah dan perintah di bawahnya, termasuk kes masih dalam tindakan senarai hitam.

“Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta tersebut.

“Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, bagi kesalahan telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri untuk proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI