fbpx
PAVARD (kanan) mengalami kecederaan ketika sesi latihan menyebabkan dia mungkin terlepas aksi berdepan Chelsea 9 Ogos ini. – AFP

Bayern kehilangan khidmat Pavard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH – Juara Bundesliga, Bayern Munich berdepan risiko kehilangan khidmat pemain pertahanan, Benjamin Pavard menjelang aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Allianz Arena pada 9 Ogos ini.

Pavard, 24, dilaporkan me­ngalami kecederaan buku lali sehingga dia terpaksa me­ninggalkan sesi latihan Bayern untuk mendapatkan rawatan segera kelmarin.

Ketua jurulatih Bayern, Hansi Flick mengakui beliau masih menunggu laporan perubatan mengenai tahap sebenar kecederaan itu sama ada Pavard sempat pulih dalam tempoh dua minggu sebelum bertemu Chelsea.

“Kami tidak pasti apa yang berlaku, jadi kami perlu tunggu laporan daripada pasukan per­ubatan berhubung tempoh jangka masa dia terpaksa menjalani proses pemulihan,” katanya.

Ketiadaan pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu menimbulkan kerisauan dalam kem Bayern walaupun juara Bundesliga tersebut memiliki kelebihan tiga gol selepas menewaskan Chelsea sewaktu pertemuan pertama pada Februari lalu.

Jika Pavard sah tidak dapat beraksi, kekosongan itu bakal diisi seorang lagi pemain pertahanan, Niklas Sule yang dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

“Saya gembira dengan intensiti latihan ditunjukkan Sule setakat ini. Saya percaya dia akan cergas 100 peratus untuk bertemu Chelsea nanti,” jelas Flick.

Flick akan menguji tahap kecergasan Sule, 24, dalam aksi persahabatan menentang pa­sukan Ligue 1, Marseille hujung minggu ini. – AGENSI

POPULAR