fbpx

55.3 peratus kos kuarantin ditanggung kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hanya RM2,100 atau 44.7 peratus daripada jumlah keseluruhan RM4,700 bagi kos kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan perlu dibayar oleh rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kos tersebut turut merangkumi caj bilik hotel dan makan sebanyak tiga kali sehari.

“Selebihnya kerajaan pula menanggung baki kos RM2,600 atau 55.3 peratus termasuk kos pengangkutan dari pintu masuk sempadan ke stesen kuarantin, kos makan minum serta peralatan PPE petugas kesihatan, keselamatan dan sekretariat serta kos pembersihan dan dekontaminasi di stesen kuarantin,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, sepanjang tempoh 25 Julai hingga kelmarin, seramai 1,631 individu telah kembali ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya telah ditempatkan di sembilan stesen kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang serta Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI