fbpx

Ruhainies tidak kisah kek hari jadi dipersenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES mula dikenali ramai menerusi drama, Hello, Mr. Perfect.

KUALA LUMPUR – Sambutan ulang tahun kelahiran pelakon Ruhainies menarik perhatian netizen ekoran kek hari jadi yang dianggap langsung tidak menyerupai wajahnya menjadi bahan ketawa dalam media sosial.

Rata-rata netizen menyifatkan kek yang sepatutnya menjadi klon wajah pelakon itu telah bertukar kepada wajah yang menyeramkan sehingga tidak sanggup untuk dijamah.

Mengulas mengenai isu tersebut, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, berkata, dia tidak melihat kecaman netizen sebagai perkara negatif sehingga memberikan tekanan emosi buatnya.

“Saya baca semua komen netizen dan anggap semuanya kelakar sebab ada yang cakap kek itu seperti wajah seorang pondan dan hantu.

“Namun, saya rasa simpati terhadap individu yang membuat kek berkenaan sebab risau dia terkesan dengan semua kecaman netizen. Sepatutnya kita hargai hasil kerja dia sebab bukan mudah hendak menghasilkan sebiji kek begitu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

 

KEK hari lahir Ruhainies yang disifatkan pelik.

 

Menurut Ruhainies, pada awalnya dia tidak mengetahui mengenai rancangan sambutan hari jadi dan kek tersebut kerana semuanya satu kejutan ulang tahun hari kelahirannya yang diadakan di Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

“Hari jadi saya sepatutnya pada 27 Julai (hari ini) tetapi tidak sangka pula mereka buat kejutan awal dan lebih terkejut dengan kehadiran kek itu. Seronok sangat dapat kek klon wajah saya.

“Apa pun, saya tidak kisah dengan semua kutukan orang sebab yang penting ialah rasa kek perisa coklat itu sangat sedap. Saya lebih pentingkan rasa kek tersebut berbanding rupa,” ujarnya.

Terdahulu, rakaman video yang memaparkan kek ulang tahun kelahiran Ruhainies semalam menjadi bahan kecaman netizen kerana disifatkan buruk dan pelik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI