fbpx

Boleh nikah dengan RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Warga asing di negara ini dikatakan terus bertindak keterlaluan apabila melanggar hukum dan undang-undang Malaysia.

Terbaru, sebuah video berdurasi 2 minit 19 saat tular sejak semalam memaparkan pernikahan antara warga asing dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) Bangladesh dengan seorang wanita Melayu di sebuah pangsapuri di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.

Berdasarkan rakaman tersebut, pernikahan tersebut disempurnakan rakan kepada PATI tersebut yang merupakan warga Bangladesh dengan meminta bayaran pernikahan sebanyak RM1,000 beserta hanya seorang saksi.

Kejadian tersebut dikatakan sebagai cara mudah bagi warga asing mendapatkan duit segera di negara ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi Kosmo! menegaskan pernikahan itu bukan sahaja salah dari segi hukum syarak kerana rukun nikah tidak dipenuhi malah salah dari segi undang-undang di bawah Seksyen 39
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, 1984.

Jelas beliau, mereka boleh dihukum denda tidak melebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Kita akan meminta bahagian penguat kuasa mengambil tindakan sewajarnya untuk mengesan sindiket tersebut dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada JAIS.

“Jangan mengambil mudah perkara (pernikahan) ini kerana melibatkan nasab atau keturunan yang boleh memberikan kesan besar kepada masyarakat umum. Keturunan adalah salah satu antara lima perkara yang amat dijaga oleh syariat Islam,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI