fbpx

Boleh balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Umat Islam negara ini sah dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha Jumaat ini kerana tiada sekatan rentas negeri dilaksanakan dalam tempoh ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun dibenarkan untuk balik kampung namun rakyat harus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.

“Hari ini kerajaan mengeluarkan SOP panduan sambutan Hari Raya Aidiladha yang antaranya jumlah pengunjung ziarah raya pada satu-satu masa dihadkan kepada 20 orang selain tiada jamuan korban dibenarkan.

” Setiap masjid atau surau hanya dibenarkan mengendalikan korban tidak melebihi 10 ekor lembu dengan tertakluk kepada keluasan premis terlibat,” jelasnya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen, hari ini.

Jelas beliau, jumlah kehadiran sewaktu ibadat korban dijalankan ialah 20 orang untuk seekor haiwan dan ini turut meliputi petugas terlibat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI