fbpx

Bas bawa alumni sekolah terbalik, 13 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI bas yang terbalik semasa melalui selekoh di sebuah lebuh raya di tengah Vietnam semalam. - AFP

HANOI – Satu lawatan pertemuan semula sekolah tinggi di Vietnam bertukar tragedi semalam apabila bas membawa kumpulan alumni tersebut terbabas dan terbalik di sebuah selekoh lebuh raya, menyebabkan lebih 12 penumpang terbunuh.

Kumpulan hampir 40 penumpang di dalam bas tersebut adalah bekas rakan sekelas di Sekolah Tinggi Dong Hoi. Alumni tersebut dalam perjalanan untuk melawat sebuah kawasan di wilayah Quang Binh, tengah Vietnam sempena ulang tahun ke-30 graduasi mereka.

Bagaimanapun, pemandu bas hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam di lebuh raya itu, demikian menurut media pemerintah.

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih ramai lagi cedera.

“Beberapa penumpang menyatakan bahawa apabila bas itu menuruni cerun, terdapat tanda-tanda brek rosak,” lapor akhbar Tuoi Tre.

Imej yang dikongsi di laman-laman berita menunjukkan bas itu terbalik di tepi jalan dengan orang ramai memerhati dan anggota penyelamat membantu mangsa yang cedera.

Perjalanan di jalan raya Vietnam boleh menjadi berbahaya dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan, kecederaan  dalam kemalangan trafik menjadi punca utama kematian mereka yang berusia 15 hingga 29 tahun.

Setakat ini, Vietnam merekodkan lebih 3,200 kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang enam bulan pertama tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN