fbpx

Rentas sempadan Malaysia-Singapura mulai 17 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HISHAMMUDDIN (kanan) dan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan berbincang sesuatu dalam pertemuan di Tambak Johor baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Pergerakan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura bermula paling awal 17 Ogos ini di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, rakyat Malaysia yang layak memohon di bawah kedua-dua skim berkenaan boleh menghantar permohonan kepada Jabatan Imigresen bermula 10 Ogos ini.

Katanya, selain dua skim yang dipersetujui itu, terdapat dua lagi skim turut dicadangkan iaitu rentas sempadan setiap hari atas tujuan kerja yang dijangka membabitkan lebih kurang 200,000 rakyat Malaysia dan Singapura serta pembukaan sempadan sepenuhnya.

“Untuk skim ketiga dan keempat ini, kerajaan Malaysia dan Singapura masih perlu memperhalusi banyak perkara sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Ini kerana, ia berkait rapat soal keselamatan dan kesihatan memandangkan situasi Covid-19 jelas masih belum reda. Dalam erti kata lain, ia memerlukan masa.

“Paling utama, kelulusan ke atas cadangan ini tertakluk kepada keupayaan kedua-dua negara melaksanakan ujian saringan Covid-19 harian terhadap pekerja yang berulang-alik,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI