fbpx

Kek jadi ejekan, Ruhainies rasa kelakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruhainis tetap gembira kerana kek seram untuk hari jadinya sedap dimakan.

KUALA LUMPUR – Sambutan ulang tahun kelahiran pelakon Ruhainies menarik perhatian netizen ekoran kek hari jadi yang dianggap langsung tidak menyerupai wajahnya menjadi bahan ketawa netizen dalam media sosial.

Rata-rata netizen menyifatkan kek yang sepatutnya menjadi klon wajah pelakon itu telah bertukar kepada wajah yang menyeramkan sehingga tidak sanggup untuk dijamah.

Mengulas mengenai isu tersebut, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, berkata, dia tidak melihat kecaman netizen sebagai perkara negatif sehingga memberikan tekanan  emosi buatnya.

Rupa kek hari lahir Ruhainis yang dikatakan seperti pondan oleh salah seorang netizen.

 

“Saya baca semua komen netizen dan anggap semuanya kelakar sebab ada yang cakap kek itu seperti wajah seorang pondan dan hantu.

“Namun saya rasa kesian terhadap individu yang membuat kek berkenaan sebab risau dia terkesan dengan semua kecaman netizen. Sepatutnya kita hargai hasil kerja dia sebab bukan mudah hendak menghasilkan sebiji kek begitu,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Ruhainies, pada awalnya dia tidak mengetahui mengenai rancangan sambutan hari jadi dan kek tersebut kerana semuanya satu kejutan ulang tahun hari kelahirannya yang diadakan di Pulau Pinang pada Jumaat.

“Hari jadi saya sepatutnya pada 27 Julai, (esok)  tetapi tidak sangka pula mereka buat kejutan awal dan lebih terkejut dengan kehadiran kek itu. Seronok sangat dapat kek klon wajah saya.

“Apa pun, saya tidak kisah dengan semua kutukan orang sebab yang penting ialah rasa kek perisa coklat itu sangat sedap. Saya seorang yang mepentingkan rasa yang sedap berbanding rupa,” ujarnya.

Terdahulu, rakaman video yang memaparkan kek ulang tahun kelahiran Ruhainies semalam membikin kecoh serta menjadi bahan kecaman kerana disifatkan buruk dan pelik. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN