fbpx

Pengacara dikritik isu menu vegetarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan Wee Ping yang tular di laman Twitter semalam.

KUALA LUMPUR – Pengacara Goh Wee Ping menerima kecaman kerana meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah restoran makanan segera apabila restoran makanan segera yang sinonim berasaskan daging itu tidak lagi menghidangkan menu vegetarian.

Melalui perkongsian status melalui laman sosial miliknya, Wee Ping memuat naik foto dirinya di hadapan sebuah cawangan restoran berkenaan dengan kapsyen berbunyi: “Tiada lagi pilihan vegetarian. Restoran ini pernah menjadi salah satu tempat makan kegemaran saya tapi saya baru tahu ia sudah membatalkan jualan menu vegetarian mereka.

“Satu tindakan yang kurang bijak apabila seluruh dunia kini mencuba untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya sangat kecewa dan tidak akan datang lagi,” katanya.

Ironi, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut memandangkan restoran berkenaan sememangnya terkenal dengan makanan berasaskan ayam atau daging.

Dia juga turut meninggalkan tanda pagar yang membuatkan netizen berang iaitu #dontforcemetoeatmeat (#janganpaksasayamakandaging) sedangkan restoran itu sememangnya menghidangkan menu berasaskan daging untuk para pelanggan seluruh dunia.

“Banyak restoran lain yang menghidangkan pilihan vegetarian. Tidak perlu merengek seperti kanak-kanak kecil,” komen seorang pengguna melalui Twitter.

Wee Ping, seorang pengacara berbangsa Cina pernah mengacarakan program terbitan ntv7, Deal or No Deal Malaysia.

Setakat pukul 10 pagi tadi, perkara itu menjadi polemik hangat ramai pengguna Twitter apabila diulang siar lebih 2,000 kali. Rata-rata netizen mengutuk tindakan lelaki itu yang disifatkan tidak relevan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI