fbpx

Motosikal gaya klasik Benelli Imperiale 400 kini di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – MForce Holdings Sdn. Bhd. (MForce) mengumumkan tawaran sebuah lagi motosikal jenama Benelli iaitu Imperiale 400 ke pasaran tempatan, berharga RM15,888 seunit.

Motosikal dengan konsep gaya klasik itu pernah dipertontonkan semasa Kejohanan MotoGP 2019 dipasang enjin silinder tunggal empat lejang berkapasiti 374cc dengan padanan kotak gear lima kelajuan.

Rangkaian kuasa itu membolehkan Imperiale 400 mengekstrak kuasa 20.7hp @ 5,500rpm dan tork puncak 29Nm @ 4,500rpm. Minyak petrol disalurkan ke kebuk pembakaran melalui sistem pancitan bahan api.

Kerangka motosikal jenis double cradel ini diberi padanan fork teleskopik pada bahagian depan dan sistem absober berkembar di belakang. Tugas memberhentikan motosikal ini disandarkan kepada sistem brek cakera pada kedua-dua roda.

Benelli Imperiale 400 turut dilengkapi sistem brek antikunci (ABS) untuk meningkatkan kecekapan, kestabilan dan keselamatan semasa memberhentikan motosikal.

Pengurus Besar Operasi MForce, Asri Ahmad berkata, Benelli Imperiale 400 mendapat sambutan menggalakan daripada peminat tempatan dengan tempahan 100 unit model berkenaan sejak bulan Januari lalu.

“Kami mohon maaf kepada pelanggan yang sudah mengemukakan tempahan kerana mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk memperoleh motosikal masing-masing disebabkan pandemik Covid-19 di negara ini,” katanya.

MForce menjangkakan pihaknya mampu mencapai sasaran jualan sebanyak 300 unit menjelang akhir tahun ini, dibantu oleh faktor peningkatan permintaan.

Pelanggan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, kelabu dan merah. Setiap motosikal didatangkan bersama jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000 kilometer (mana-mana tiba dulu).

Info spesifikasi:

  • Enjin: Silinder tunggal, empat lejang
  • Sesaran: 374cc
  • Kuasa maksimum: 20.7hp @ 5,500rpm
  • Tork maksimum: 29Nm @ 4,500rpm
  • Gerek x lejang: 72.7 milimeter (mm) x 90mm
  • Nisbah mampatan: 8.5:1
  • Kotak gear: Lima kelajuan
  • Brek depan: Cakera tunggal 300mm dengan angkup dwiomboh, ABS
  • Brek belakang: Cakera tunggal 240mm dengan angkup omboh tunggal, ABS
  • Tayar depan: 110/90-19
  • Tayar belakang: 130/80-18
  • Panjang: 2,170mm
  • Lebar: 820mm
  • Tinggi: 1,120mm
  • Ketinggian pelana: 780mm
  • Jarak roda: 1,440mm
  • Kelegaan bumi: 165mm
  • Berat kering: 205 kilogram
  • Kapasiti tangki minyak: 12 liter
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI