fbpx

Lelaki potong tong dram melecur disambar api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa melecur 30 peratus selepas disambar api dalam kejadian di Taman Meranti, Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga asing melecur pada badan akibat disambar api selepas sebuah tong dram yang mengandungi bahan pelarut cat terbakar dalam kejadian di Taman Meranti, Butterworth di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, warga Bangladesh berusia 31 melecur pada tubuh selepas tidak sempat melarikan diri ketika api membakar tong berkenaan.

Pegawai operasi, Mohd. Shukri Jamaludin berkata, pihaknya mendapati kebarakan itu melibatkan sebuah tong dram yang mengandungi baki bahan pelarut cat (thinner).

“Bahan itu terbakar ketika mangsa melakukan kerja memotong tong berkenaan.

“Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan struktur, namun seorang mangsa melecur sebanyak 30 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, api telah berjaya dipadamkan oleh anggota pasukan bomba sukarela, manakala mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi mendapatkan rawatan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI