fbpx

‘It’s okay to dream big’ – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto IHSAN ASTRO/AZRUL RAFIE

KUALA LUMPUR – Kini muncul dengan program bual bicara sendiri, Next To Neelofa, pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa, 31, memberitahu dia mempunyai visi yang besar untuk program terbaharunya itu.

“It’s okay to dream big (okey untuk bermimpi besar),” kata pemilik nama lengkap, Noor Neelofa Mohd. Noor itu tentang hasrat menjemput nama-nama besar sebagai tetamu berikutnya untuk program terbitan Astro Ria itu.

“Sebenarnya, kita sudah ada beberapa nama yang bukan hanya figura tempatan sahaja bahkan dari peringkat antarabangsa. Kalau bukan sebab pandemik Covid-19, kita akan pergi lagi jauh.

“Kalau ikut perancangan awal sebelum wabak ini diumumkan sebagai pandemik satu dunia, kita sudah boleh ada nama besar dari Indonesia, seperti Syahrini dan Krisdayanti dalam rancangan ini.

“Bukan itu sahaja, saya juga sudah bercakap dengan mereka yang terlibat dalam industri fesyen Muslim antarabangsa juga seperti Halima untuk menjadi tetamu dalam program ini. Insya-Allah, mungkin untuk musim selanjutnya andai keadaan dunia sudah stabil dan bebas daripada pandemik,” kata bekas pengacara program MeleTOP itu kepada Kosmo! Online semalam.

Next To Neelofa mula bersiaran mulai 23 Julai lalu yang menyaksikan Datuk Hans Isaac dipilih menjadi tetamu pertama berada dalam rancangan tersebut.

Program berkenaan akan bersiaran selama 12 episod pada setiap Khamis pukul 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

“Setakat ini, kita sudah rakam enam episod. Antara nama yang boleh saya kongsikan menjadi tetamu adalah seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ella. Banyak perkongsian menarik dan berguna daripada mereka yang tidak pernah dikongsikan kepada umum. Ada juga yang mengalirkan air mata ketika berkongsi cerita.

“Akan ada juga episod figura-figura hebat lain menjadi tetamu seperti anak billionaire, Tan Sri Vincent Tan iaitu Chryseis Tan, ikon badminton ulung tanah air, Datuk Lee Chong Wei dan beberapa nama hebat lain,” dedah Neelofa – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI