fbpx

[VIDEO] Pavithra maafkan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sugu (kiri) dan Pavithra bergambar bersama selepas membayar wang jaminan berjumlah RM15,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

IPOH – Pasangan YouTuber masakan, S. Pavithra, 28, dan suaminya, M. Sugu, 29, tidak mahu lagi sebarang anugerah diberikan kepada mereka.

Pavithra berkata, mereka hanya YouTuber yang baru sahaja berjinak-jinak dan tidak layak diberi anugerah.

“Kami baru sahaja bermula dengan YouTube ini dan masih kecil jika dibandingkan dengan YouTuber lain di luar sana. Masih ramai lagi YouTuber yang layak diberikan anugerah.

“Ikon yang diberikan kepada kami juga akan dipulangkan dan kami hanya mahu fokus kepada rancangan masakan selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah di sini hari ini.

Sementara itu, Pavithra berkata, dia sudah memaafkan suaminya atas apa yang berlaku terhadap mereka sebelum ini yang mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat mereka.

Katanya, dia mahu melupakan kejadian tersebut dan fokus kembali kepada kehidupannya selain meneruskan semula program masakannya di YouTube.

“Ini semua masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.

“Kami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa,” katanya.

Tambah Pavithra, dia memohon orang ramai agar terus memberikan sokongan kepada mereka selepas ini di saluran YouTube Sugu Pavithra.

“Saya harap tiada salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.

Terdahulu, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah sabit dan mencederakan isterinya di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Selasa lalu.

Dia kemudiannya diikat jamin berjumlah RM15,000 oleh isterinya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI