fbpx

Skuad Kubra anjur Kongsi Rezeki Makan Percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Sharkhawi (kiri) menunjukkan juadah gulai ayam kepada Siti Ashah yang berkunjung ke program Kongsi Rezeki Makan Percuma di Kulim Hi-Tech, Kulim baru-baru ini.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Pertubuhan Kebajikan Amal Islam Kubra menyediakan makanan tengah hari secara percuma kepada orang ramai menerusi program Kongsi Rezeki Makan Percuma di Kulim Hi Tech Park di sini bermula 10 Julai lalu.

Presidennya, Ahmad Sharkhawi Ishak berkata, usaha itu dijalankan Skuad Kubra Malaysia di rumah salah seorang ahli yang juga pesara kerajaan iaitu Ahmad Salleh, 62, dan isteri, Rosiah Ismail, 58.

Kata beliau, orang ramai boleh menikmati makanan percuma itu di rumah No.9, Lorong KTC 2/1 Kulim Techno City, Fasa 2, Kulim Hi Tech Park bermula pukul 12 tengah hari dari Ahad hingga Khamis.

“Program ini adalah sebagai salah satu kerja amal bagi pihak kami sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu masyarakat terutama golongan yang kurang berkemampuan.

“Kita juga sedar bahawa ramai yang terkesan termasuk kehilangan kerja dan perniagaan merosot akibat wabak Covid-19 ini,” katanya ketika ditemui pada program tersebut baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali.

Menurut Ahmad Sharkhawi, sambutan yang diterima sangat mengalakkan pihaknya memasak kira-kira tujuh kilogram (kg) beras sehari.

“Menu yang disediakan setiap hari akan berubah dan lauk berasaskan ayam, daging lembu, sayur, ulam-ulaman dan sambal belacan dengan kos kira-kira RM400 sehari,” ujarnya.

Ujarnya, pihaknya juga turut menerima juadah tambahan lain yang disumbangkan peniaga serta penduduk di taman perumahan ini.

“Kita juga menyediakan sebuah tabung untuk orang ramai memberi sumbangan ikhlas untuk program ini,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga dialu-alukan untuk turut menyumbang kepada program kebajikan yang dijalankan pertubuhan termasuk sumbangan kepada penduduk miskin, pondok agama dan ibu tunggal dengan menyalurkannya ke Akaun Bank Islam Skuad Kubra 02057010048857. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI