fbpx

Rumah, kedai runcit musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan api marak memusnahkan dua unit rumah yang terbakar di Lorong Aik Hwa 6, Off Jalan Kebun Sayur, Bakri pukul 3.27 pagi tadi. -Foto IHSAN BOMBA

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR- Dua buah rumah separuh kekal bersama sebuah kereta dan dua motosikal musnah dalam satu kebakaran di Lorong Aik Hwa 6, Off Jalan Kebun Sayur, Bakri di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Jefri Jamal berkata, dalam kejadian pada pukul 3.27 pagi itu, sebuah rumah sewa dan sebuah kedai runcit terbakar sehingga 70 peratus.

Menurutnya, kejadian itu disedari oleh kedua-dua penyewa sebaik melihat api marak di bahagian hadapan.

“Seramai lima individu yang merupakan ahli keluarga menyewa di kediaman ini, manakala sebuah lagi unit pula dihuni oleh seorang warga asing yang menjadikan rumah berkenaan sebagai kedai runcit.

“Punca kebakaran belum dapat dipastikan, namun berdasarkan keterangan mangsa, kebakaran bermula di bahagian hadapan dan kesemua penghuni menyelamatkan diri mengikut pintu belakang,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kereta jenis Proton Saga milik keluarga tersebut musnah 80 peratus selain sebuah motosikal Honda EX5 yang terbakar sehingga 70 peratus.

“Sebuah lagi motosikal Modenas Kriss milik mangsa juga terbakar, namun hanya enam peratus, manakala sebuah lagi motosikal jenis SYM milik warga asing itu musnah sehingga 95 peratus,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI