fbpx

PGA rampas arak lebih setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arak yang disimpan dalam lori 12 tan berjaya dirampas PGA dalam serbuan di Simpang Tiga, Jalan Sri Tanjung, Kampung Batu 5, Bakri, Muar malam semalam.

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR- Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran arak tanpa cukai bernilai RM612,692 apabila dua lelaki ditahan di Simpang Tiga, Jalan Sri Tanjung, Kampung Batu 5, Bakri di sini malam semalam.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 35 dan 40 tahun diberkas kira-kira pukul 10.30 malam.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, kejayaan itu hasil risikan serta serbuan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras dengan dibantu oleh Cawangan Risik Batalion 6 PGA Muar.

“Serbuan terhadap dua buah kenderaan iaitu sebuah lori 12 tan dan sebuah kereta di Simpang Tiga, Jalan Sri Tanjung, Kampung Batu 5, Bakri di sini telah membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 35 dan 40 tahun.

“Hasil serbuan mendapati sejumlah 1,980 kotak mengandungi 47,520 tin bir disimpan di lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Abdul berkata, polis turut merampas sebuah lori jenis Nissan UD 12 tan, kereta jenis Wira Aeroback dan wang tunai bernilai RM900.

“Keseluruhan rampasan bernilai RM612,692. Dengan kejayaan ini, polis telah berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran arak jenis bir tanpa cukai di tiga daerah terlibat

“Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI