fbpx

Pelajar IPTA, penganggur ditahan bawa dadah RM440,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI (tengah) menunjukkan sebahagian bungkusan dadah yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada sidang akhbar di Bangunan AMC, KLIA, di sini hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Terdesak untuk mendapat wang, seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang penganggur sanggup menjadi keldai dadah namun ditahan polis di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA2 pada 22 Julai lalu.

Kedua-dua suspek lelaki Melayu yang berusia 19 dan 22 tahun itu ditahan secara berasingan bersama 11.6 kilogram (kg) dadah disyaki jenis syabu bernilai kira-kira RM440, 000.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, kedua-dua tangkapan daripada sindiket sama dan suspek didapati pertama kali melakukan kegiatan penyeludupan dadah dipercayai untuk diedarkan di Sarawak.

“Suspek pertama ditahan pada pukul 3.45 petang. Hasil pemeriksaan ke atas bagasi yang dibawa menemukan lima bungkusan teh cina ‘Guang Yin Wang’ mengandungi kira-kira 5.29kg dadah jenis syabu.

“Anggaran nilai rampasan dadah adalah sebanyak RM200,000,” katanya pada sidang akhbar di KLIA di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, tangkapan kedua dilakukan di pintu pelepasan domestik Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA2 pada pukul 4.15 petang.

“Polis berjaya merampas enam bungkusan teh cina ‘Guang Yin Wang’ disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 6.341 kg membabitkan nilai rampasan dadah sebanyak RM240, 000.

“Suspek dipercayai terdesak untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan melakukan kegiatan ini dan menganggap mampu lolos untuk diedarkan di sekitar Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli beliau, kedua-dua suspek tidak mempunyai apa-apa rekod lampau jenayah dan ujian air kencing juga negatif dadah.

Katanya, suspek direman bermula 22 Julai lalu hingga 29 Julai ini dan disiasat di mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mandatori gantung sampai mati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI