fbpx

Lelaki didakwa simpan artifak curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
B. Subramaniam dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung didakwa menyimpan harta curi milik Galeri Pangkor hari ini.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas dakwaan menyimpan artifak lama milik Galeri Pangkor di Pulau Pangkor.

B Subramaniam, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Dia didakwa menyimpan sebatang paip curut lama kepunyaan Galeri Pangkor yang dalam pengetahuannya adalah harta curi.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Samudera Seri Manjung dekat sini pada pukul 9.15 pagi pada 13 Mei lalu.

Subramaniam didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Majistret A Hafizh Abu Bakar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dan menetapkan kes itu disebut semula pada 3 September depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili oleh peguam Kulvinder Singh.

Media sebelum ini melaporkan Galeri Pangkor di Sungai Pinang, Pulau Pangkor kehilangan pelbagai barangan dan artifak sejarah dianggarkan bernilai lebih RM15,000 selepas didapati dipecah masuk pada 13 Mei lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI