fbpx

Jurulatih silat obses dengan tetuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azwarin meniup salah satu tetuang yang dihasilnya di Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus baru-baru ini.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA NERUS – Seorang jurulatih silat tidak menyangka bunyi yang didengari pada satu majlis konvokesyen persilatan pada 11 tahun lalu telah menjadikannya obses dengan tetuang.

Mohd. Azwarin Ahmed, 39, berkata, tetuang yang juga dikenali sebagai bergoh merupakan alat komuniti tradisional yang pernah digunakan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.

“Tetuang diperbuat daripada tanduk kerbau terutama jenis balau yang akan mengeluarkan bunyi unik apabila ditiup.

“Ia berfungsi sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan sesuatu mesej atau isyarat kepada penduduk setempat pada zaman dahulu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Mengabang Telipot di sini baru-baru ini.

Mohd. Azwarin berkata, komuniti nelayan Terengganu pada masa dahulu akan meniup tetuang sebagai isyarat memberitahu mereka pergi dan pulang dari laut selain mengajak penduduk setempat bersolat Subuh berjemaah.

Selain itu, beliau menjelaskan, tetuang juga digunakan untuk menghalau haiwan liar yang mencerobohi kebun penduduk selain isyarat memaklumkan kematian dan bencana seperti banjir dan kebakaran.

“Saya yang tertarik dengan keunikan tetuang telah mengkaji dan belajar untuk menghasilkannya sendiri sebelum mempromosikannya di akaun Facebook peribadi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI