fbpx

Jangkitan global Covid-19 lepasi angka 15 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN perubatan merawat pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi Pusat Perubatan Serantau El Centro, California minggu ini. – AFP

WASHINGTON – Bilangan kes Covid-19 di seluruh dunia melepasi angka 15 juta semalam dengan Amerika Latin dan Carribean yang merupakan antara rantau paling teruk terjejas, merekodkan lebih empat juta kes.

Di Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan satu perempat jangkitan global, Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa pandemik Covid-19 dijangka menjadi semakin buruk sebelum reda.
Data AS adalah mengerikan dengan 143,000 kematian akibat Covid-19 setakat ini, manakala kematian harian pula lebih 1,000 orang.

Di sebalik angka korban yang tinggi, Trump mengkritik perintah berkurung dan mahu membuka semula ekonomi AS. Virus Covid-19 juga menunjukkan penularan ketara di merata tempat di dunia selepas perintah berkurung ditarik balik.

Australia, Belgium, Hong Kong dan ibu kota Jepun, Tokyo sebelum ini melaksanakan perintah berkurung dan berjaya membendung Covid-19 tetapi semua tempat tersebut kini menyaksikan lonjakan penularan koronavirus.

Brazil iaitu negara kedua paling terjejas selepas AS, merekodkan separuh daripada keseluruhan kes Covid-19 di rantau Amerika Latin dengan 2.2 juta jangkitan dan 82,771 kematian.
Peru, Mexico dan Chile juga berada dalam senarai 10 negara mencatatkan kes tertinggi Covid-19 dengan setiap negara mempunyai lebih 300,000 kes. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI