fbpx

Gelandangan ditemui mati dalam kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat gelandangan ditemui di dalam bangunan kedai di Stesen Bas Labis, Segamat, Johor pagi tadi.

Oleh NUR ALINA HASSAN

SEGAMAT – Seorang pekerja syarikat pembersihan terkejut apabila menemui satu mayat lelaki di dalam sebuah bangunan kedai di Stesen Bas Labis di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, mangsa dalam lingkungan usia 35 tahun ditemui oleh saksi yang ingin melakukan kerja-kerja pembersihan berhampiran kawasan berkenaan.

“Kakitangan syarikat itu pada mulanya menyangka mangsa seorang gelandangan di sekitar kawasan itu sedang tidur dalam sebuah bangunan kedai berkunci.

“Saksi kemudian memanggil lelaki terbabit, namun pelik apabila mendapati, keadaan gelandangan itu seakan kaku dan tiada sebarang maklum balas sebelum dia menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Raub, hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kematian lelaki berkenaan sebagai mati mengejut.

“Identitinya juga belum dikenal pasti, namun berdasarkan keterangan orang awam, si mati yang berasal dari Chaah merupakan gelandangan di kawasan ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI