fbpx

Agong perkenan empat pesuruhjaya EAIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENYATAAN akhbar Pejabat Perdana Menteri berhubung pelantikan pengerusi dan anggota pesuruhjaya EAIC.

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Pelantikan bersama tiga lagi anggota pesuruhjaya EAIC itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Seri Paduka juga telah memperkenankan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali sebagai timbalan pengerusi EAIC.

Turut menganggotai EAIC ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O’hara dan Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

“Pelantikan ini adalah untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lepas.

“Pelantikan ini akan memperkukuhkan pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang berintegriti dan efektif dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada barisan pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Datuk A. Aziz A. Rahim, Datuk Sabariah Hassan, Prof. Madya Dr. Abang Ekhsan Abang Othman, Lee Sow Siong, Leong May Chan dan James Deva Nayagam Gnanaratnam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI