fbpx

UiTM perkenal alat pengesan pintar Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazip (tiga dari kiri) bersama Madani Sahari (kanan) melihat alat pengesan pintar covid-19 yang dihasilkan oleh UITM di UITM, Shah Alam.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini yang berjaya membangunkan alat pengesan pintar Covid-19.

Alat yang menggunakan Sistem Modular dan Terbuka (MOST-Plus) itu berfungsi khas untuk memeriksa suhu badan individu selain sanitasi tangan dan semburan automatik pada kasut.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM, Prof Dr. Mohd Nazip Suratman berkata, teknologi alternatif itu dibangunkan penyelidik Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sejak dua bulan lalu.

“MOST-Plus dilihat dapat membantu komuniti dan pengusaha industri mematuhi prosedur ditetapkan kerajaan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

“Alat ini merangkumi pelbagai fungsi serba guna kerana bukan hanya memeriksa suhu badan malah mengimbas identiti individu selain sanitasi tangan dan semburan kaki pada masa yang sama,” katanya selepas melancarkan alat itu masjid UiTM di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari.

Kata Mohd Nazip, pihaknya turut bercadang untuk menempatkan alat tersebut di semua kampus UiTM seluruh negara secara berperingkat.

“Ia akan diletakkan di semua fakulti bagi mengimbas semua kakitangan dan penuntut namun bergantung sepenuhnya kepada situasi pandemik semasa,” katanya.

Sementara itu, Madani berkata, sistem itu akan dikomersialkan secara meluas kepada semua pihak industri di negara ini.

“Kita juga sedang mempertingkatkan fungsi alat tersebut dengan menggunakan aplikasi teknologi kecergasan buatan (AI) antaranya mengesan simptom Covid-19 seperti batuk, selsema dan sesak nafas,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI