fbpx

PPM rampas rokok seludup RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan bersama rokok seludup yang dirampas Polis Marin hasil serbuan di sebuah premis di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, petang semalam. Foto Ihsan Polis

Oleh NUR ALINA HASSAN

BATU PAHAT- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menahan seorang lelaki disyaki konco sindiket dalam aktiviti penyeludupan rokok di sebuah rumah di di Parit Yaani, Yong Peng, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, lelaki tempatan berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota daripada Unit Risik Marin PPM Wilayah Dua Tampoi.

Menurut Muhd. Zailani, pihaknya sebelum itu menyerbu sebuah premis pada pukul 4.30 petang, sebelum membawa kepada penahanan suspek yang tinggal di kediaman bersebelahan lokasi serbuan.

“Hasil pemeriksaan di premis menemui sejumlah kotak berwarna coklat berisi 19,350 karton rokok seludup pelbagai jenama.

“Siasatan lanjut kemudiannya mendapati suspek hanya tinggal bersebelahan dengan premis yang diserbu oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhd. Zailani berkata, anggaran keseluruhan rampasan adalah bernilai RM301,892 termasuk cukai Kastam.

Beliau berkata, suspek disyaki terbabit dalam kegiatan mengedar rokok seludup ke kedai runcit yang tidak berlesen di sekitar kawasan Parit Yaani dan Yong Peng.

“Suspek ditahan dan semua barang salah itu dirampas serta disiasat dibawah Seksyen 135 (1)Akta Kastam 1967, katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI