fbpx

PKPD mungkin dilaksanakan di lokaliti tertentu di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) jika kes baharu terus meningkatkan di lokaliti tertentu di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM bagaimanapun masih dapat mengawal kluster-kluster aktif di situ dengan baik buat masa ini.

“Kalau perlu KKM akan laksanakan PKPD di kawasan tersebut iaitu di lokaliti atau kumpulan sasar yang telah dikenal pasti.

“Buat masa ini, kami sudah menghantar pasukan ke Sarawak untuk mempertingkatkan contact tracing bagi mengesan kes yang terdedah kepada kes-kes positif dalam kluster tersebut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI