fbpx

Pasangan kekasih edar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah yang dirampas polis dalam satu serbuan di Seri Kembangan, Selangor, Selasa lalu.

KUALA LUMPUR – Aktiviti pengedaran dadah yang didalangi sepasang kekasih sejak empat bulan lepas berjaya dibongkar polis dalam satu serbuan di sebuah unit kondominium di Seri Kembangan, Selangor, Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pasangan tersebut pada mulanya ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Suasa 3, berhampiran Balai Polis Sungai Besi kira-kira pukul 1.15 tengah hari hasil risikan yang dilakukan.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas mereka seterusnya menjumpai tiga anak kunci bersama sekeping kad akses dan suspek kemudiannya membawa pihak polis ke sebuah unit kondominium di Seri Kembangan pada pukul 5.40 petang hari yang sama.

“Pihak polis kemudiannya menemui dadah jenis methamphetamine seberat 14,390 gram, ganja seberat 7,790 gram, dan 2,300 biji pil ekstasi seberat 1,000 gram yang kesemuanya bernilai RM664,075 bersama wang tunai berjumlah RM14,000 di unit kondominium tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mazlan, kesemua dadah tersebut disembunyikan di dalam bekas minuman protein serta bungkusan teh malah ada juga yang dibungkus dengan menggunakan bungkusan syarikat kurier dipercayai untuk mengelakkan aktiviti mereka dihidu pihak berkuasa.

“Suspek lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran dan mengedarkannya kepada pembeli yang dikenali.

“Ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis THC dan dikehendaki polis bersabit kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan manakala wanita berusia 28 tahun itu pula negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau,” jelas beliau.-K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI