fbpx

Lelaki Thailand ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki warga Thailand ditemui terapung di sungai Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis hari ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Satu mayat lelaki warga Thailand ditemui terapung di sungai Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis dekat sini pada pagi ini.

Mayat mangsa berusia 26 tahun itu ditemui terapung oleh nelayan di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.07 pagi tadi yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis menaikkan mayat tersebut pada pukul 12.08 tengah hari.

Mangsa dan rakannya yang juga warga Thailand dikatakan melarikan diri sebaik melihat beberapa individu yang disangka anggota penguat kuasa di pelantar tempat mereka bekerja di Kampung Tanah Baru kira-kira pukul 10 malam, 15 Julai lalu.

Rakannya berusia 26 tahun yang juga saksi kejadian kemudian naik semula ke pelantar pada pukul 10.20 malam namun tidak mengetahui tentang nasib mangsa sehingga mayat itu ditemui hari ini.

Pengecaman mayat dibuat oleh rakan mangsa di Balai Polis Kuala Perlis melalui pakaian yang dipakai, keadaan fizikal dan tanda tatu pada paha kanan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat.

“Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI