fbpx

Bayi lahir tahun ini dijangka hidup lebih lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto AFP

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan bayi yang lahir pada tahun ini boleh hidup sehingga berumur 74.9 tahun, hampir lima bulan lebih lama berbanding bayi lahir pada tahun 2014 iaitu 74.5 tahun.

Perkara itu didedahkan DOSM dalam Jadual Hayat Ringkas, Malaysia 2018-2020 yang mengandungi jadual hayat mengikut umur, kumpulan etnik dan jantina serta perbezaan mengikut negeri untuk tahun 2018-2020.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, secara purata jangkaan hayat bagi bayi perempuan yang lahir pada 2020 ialah 77.6 tahun, lima tahun lebih lama berbanding bayi lelaki iaitu 72.6 tahun.

“Pada 2020, lelaki dan wanita yang mencecah umur 15 tahun masing-masing dijangka hidup selama 58.4 dan 63.2 tahun.

“Jangkaan hayat pada umur 60 tahun meningkat iaitu lelaki dijangka hidup selama 18.4 tahun lagi manakala wanita 21.2 tahun,” katanya menerusi laporan tersebut.

Berdasarkan anggaran penduduk pada 2020, beliau berkata penduduk berusia 60 tahun dan ke atas meningkat kepada 3.5 juta orang berbanding 3.4 juta pada 2019.

Mohd Uzir berkata, tiga negeri mencatatkan jangkaan hayat tertinggi untuk lelaki ialah Sarawak (74.6 tahun), Kuala Lumpur (74.5 tahun) dan Selangor (73.8 tahun) manakala bagi wanita ialah Kuala Lumpur (79.4 tahun), Pulau Pinang (78.9 tahun) dan Sarawak (78.4 tahun).-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI