fbpx

22 individu dikompaun langgar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Seramai 22 individu termasuk warga asing ditahan dan dikompaun atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika berada di premis hiburan dalam Op Hibur dan Ops Covid-19 di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mereka yang berusia antara 16 hingga 45 tahun itu ditahan di tiga premis hiburan berbeza di bandar ini kira-kira pukul 11 malam.

Beliau berkata, tiga warga asing yang ditahan dipercayai pelayan di salah sebuah premis hiburan tersebut.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan sebelum dikenakan kompaun kerana didapati melanggar arahan PKPP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Adzli, kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997, Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963 dan Peraturan 3 PKPP 2020.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bermula hari ini, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan bagi mencegah penularan Covid-19 selepas didapati semakin membimbangkan.

“Kita semakin alpa bahawa PKPP ini masih berjalan, jadi tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI