fbpx

Lelaki jatuh Jambatan Pulau Pinang dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta mangsa ditemui di tepi jalan di km2.2 Jambatan Pulau Pinang dekat Seberang Perai hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dipercayai lemas setelah terjatuh ke dalam laut di kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang arah pulau di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.04 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Kita mendapat maklumat dari adik mangsa yang menyatakan lelaki berusia 21 tahun tersebut telah meninggalkan kereta jenis Proton Wira di tepi jambatan.

“Dia dipercayai telah terjun ke dalam laut,” katanya kepada pemberita disini hari ini.

Difahamkan usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI