fbpx

KPD Petaling Jaya ke sekolah temani anak bekas anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Ezanee meletakkan cecair pembasmi kuman ke atas tangan Nur A'lia Batrisyia sebelum murid tahun tiga itu memulakan sesi persekolahannya awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Meskipun sibuk dengan tugasan sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal sempat meluangkan masa menemani seorang murid tahun tiga, Nur A’lia Batrisyia Ahmad Sukri, 9, ke sekolah.

Kehadiran Nik Ezanee ke sekolah berkenaan adalah sebagai sokongan moral kepada Nur A’lia Batrisyia yang merupakan anak kepada Allahyarham Koperal Ahmad Sukri Sabang.

Ahmad Sukri sebelum ini pernah bertugas di Balai Polis Sungai Way, namun dia yang berusia 42 tahun meninggal dunia pada 25 Mei lalu iaitu pada pagi dua Syawal kerana masalah jantung.

Nik Ezanee berkata, arwah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak iaitu Nur A’lia Batrisyia dan abangnya berusia 14 tahun.

“Jika sebelum ini, telah menjadi rutin arwah untuk menghantar Nur A’lia Batrisyia ke sekolah, namun kini tidak lagi.

“Atas sebab itu, saya bersama rakan setugas arwah dari Balai Polis Sungai Way hadir memberi sokongan moral kepada Nur A’lia Batrisyia pada hari pertama sesi persekolahan selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya menerusi satu video di laman Facebook rasmi Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menerusi video itu juga, Nik Ezanee memberitahu, bagi menambah pendapatan keluarga, isteri arwah menjalankan perniagaan membuat kuih dan di jual di sekitar kawasan Sungai Way.

“Apa yang istimewanya Nur A’lia Batrisyia ini, dia akan bangun seawal 4 pagi untuk membantu ibunya membuat kuih untuk dijual sebelum ke sekolah.

“Kami di warga IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya) mendoakan roh arwah Koperal Ahmad Sukri mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah S.W.T serta di tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI