fbpx

Cubaan rekrut junior peras ugut gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Tindakan bekas pelajar sekolah yang mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan merekrut pelajar junior menjalankan aktiviti peras ugut berjaya digagalkan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya berjaya mengesan aktiviti terbabit yang dipercayai bermula sejak awal tahun ini di kawasan Mak Mandin dan Butterworth.

“Aktiviti itu kemudiannya terhenti seketika selepas sekolah ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walau bagaimanapun, polis yang ditugaskan sebagai pegawai perhubungan sekolah bagi memantau prosedur operasi standard (SOP) menerima maklumat dari pelajar mengenai aktiviti terbabit selepas sekolah dibuka semula baru-baru ini,” katanya selepas mengadakan tinjauan pematuhan SOP di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Kastam di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa diperas ugut di luar kawasan sekolah bagi mengelakkan aktiviti itu dihidu pihak berkuasa.

“Bekas pelajar akan cuba merekrut junior mereka di dalam sekolah supaya akur menjalankan aktiviti memeras ugut sekiranya tidak mahu dicederakan.

“Tiada laporan daripada mangsa mahupun tangkapan dibuat setakat ini tetapi kita tetap berusaha untuk mengenalpasti suspek,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI