fbpx

Peniaga online mengaku bersalah terbit komen jelek Permaisuri Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Nurul yang dibawa keluar daripada galeri mahkamah selepas mengaku bersalah terbit komen jelek terhadap Permaisuri Selangor.

SHAH ALAM – Seorang peniaga online mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat komen jelek di laman Facebook miliknya terhadap Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, bulan lalu.

Tertuduh, Siti Nurul Ain Mat Nayan, 32, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, Siti Nurul didapati menggunakan aplikasi internet melalui telefon bimbit Samsung A30 secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komen jelek dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh telah membuat komen ‘Tengok saja Permaisuri Selangor, Syikin. Asalnya dia dari siapa, pembaca berita di laman sosial Facebook.

Kesalahan itu dilakukan di Istana Mestika, Seksyen 7, pukul 10.26 pagi pada 26 Jun lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurbaizura Mohd. Saubian menawarkan RM10,000 dan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan atas alasan tidak mampu selain menanggung ayahnya menjalani rawatan dialisis buah pinggang.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM7,000 beserta penjamin dan 24 Julai sebagai tarikh keputusan hukuman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI